Order Form

Name:
Email
Address
H/F No :
Order

Click here to create your own form.

Sunday 22 November 2009

FAQ

Soalan Berkaitan Pati Haruman Syiera


1. Soalan: Apa sebenarnya pati haruman syiera?

Jawapan: Pati Haruman Syiera adalah pati wangian yang terdiri dari ratusan jenama pewangi haruman terkemuka dunia. Ia merupakan pati haruman semata-mata tanpa sebarang campuran unsur-unsur lain seperti pelarut, minyak putih mahupun alkhohol dan sebagainya. Ia dijual dalam size 3ml sahaja. Tetapi jika ada permintaan untuk size yg lbh besar akan di pertimbangkan.


2. Soalan: Adakah pati haruman ini halal di bawa sembahyang?

Jawapan: Ya, pati haruman ini halal di bawa sembahyang kerana ia tidak mempunyai sebarang unsur yang mejadikannya tidak halal.


3. Soalan: Adakah bau pati haruman ini sama seperti bau wangian berjenama terkemuka di kaunter? Adakah ia original?

Jawapan: Pihak Haruman Syiera dapat memberi jaminan 90% yang bau pati haruman kami sama seperti di kaunter jualan. Kami mempunyai banyak TESTIMONI dari pelanggan yang berpuas hati dengan kualiti produk kami. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada kesesuaian bau tersebut terhadap bau badan pelangan. Ia adalah sesuatu yang subjektif. Seperti contoh, mungkin pati haruman jenama Miracle wangi di tubuh badan A tetapi tidak wangi di tubuh badan B. Kami tidak mengklasifikasikan pati haruman kami sebagai "Original" kerana pembungkusan dan pembotolannya berbeza dari apa yang anda lihat di kaunter. Kami menjanjikan bau haruman yang "original" dan berkekalan kepada pelanggan kami.


4. Soalan: Mengapa Haruman Syiera menggunakan gambar botol seperti yang terdapat di kaunter di dalam laman web dan katalognya? Bukankah ini akan mengelirukan pelanggan?

Jawapan: Tujuan Haruman Syiera menggunakan gambar botol seperti yang asal di dalam laman web dan katalog kami adalah semata-mata untuk memudahkan pelanggan kami mengingatkan bau sebenar pati haruman yang mereka inginkan. Kebanyakan pelanggan tidak mengingati nama dan jenama pewangi mereka dan hanya berpandukan kepada bentuk botol wangian itu semata-mata. Kami mempunyai beratus-ratus jenama pati haruman dan dengan bantuan gambar botol-botol sebenar ini, ia dapat memudahkan pelanggan kami membuat pilihan.

5. Soalan: Bagaimana caranya saya harus memakai pati haruman syiera ini?

Jawapan: Anda hanya perlu sapukan / calitkan pati haruman ini di bahagian nadi anda seperti di pergelangan tangan, di bahagian lengan, belakang telinga dan juga di pangkal dada (jika mahu). Selepas itu, gosokkan kedua-dua pergelangan tangan agar ia meresap. Harus diingatkan bahawa pati haruman ini tidak mempunyai alkhohol, jadi ia tidak akan meruap sendiri seperti pewangi yang mempunyai alkhohol. Jika anda tidak menggosokkannya, anda harus menunggu agak lama untuk pati ini meresap perlahan-lah dan, jadi lebih baik anda menggosokkannya. Anda hanya perlu menyapukan pati ini seadanya, tidak perlu berlebihan kerana ia adalah pekatan dan pati haruman, jadi harumannya memang berbau wangi, lebih-lebih lagi jika anda bekerja di tempat yang berhawa dingin. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada anda. Jika anda seorang yang aktif dan kuat berpeluh serta mengalami masalah bau badan, mungkin anda perlu menyapunya lebih sedikit.

6. Soalan: Mengapa terdapat pelbagai warna dalam pati Haruman Syiera ini?

Jawapan: Memang terdapat pelbagai warna dari yang gelap hinggalah yang cerah dan tidak kelihatan warnanya (transparent) untuk pati Haruman Syiera ini. Warna ini menunjukkan kepekatan bau haruman tersebut sama ada bau yang keras atau lembut. Seperti contoh, pati haruman Obsession & Spellbound Estee Lauder merupakan salah satu haruman yang baunya keras manakala Elements For Men & Miracle For Women adalah pati haruman yang lembut baunya.

7. Soalan: Mengapa terdapat sesetengah pati Haruman Syiera yang baunya keras dan tidak wangi apabila dibau atau disapu pertama kali dan ada pula haruman yang terus berbau wangi apabila di bau pertama kali?

Jawapan: Seperti yang dikatakan di atas, terdapat pati haruman yang sememangnya berbau keras dan lembut. Ini boleh dilihat dengan melihat kepekatan warna pati tersebut. Semakin ia berwarna gelap (coklat gelap atau kuning gelap), ia menunjukkan yang pati haruman itu keras baunya. Keras bukan bermaksud tidak wangi malah kebanyakkannya lebih wangi dari pati haruman yang berkepekatan rendah selepas beberapa ketika, cuma di awal pemakaian sahaja ia berbau tidak wangi. Ini kerana ia adalah semata-mata pekatan dan tiada campuran unsur lain. Sekiranya pati haruman yang anda pilih adalah dari jenis ini, jangan risau. Sapukan seperti biasa mengikut kaedah yang diterangkan di atas dan biarkan beberapa ketika. Anda akan dapati setelah pati haruman ini sebati dengan perjalanan darah anda, bau sebenarnya akan naik. Keharuman pati ini yang sebenar akan dapat anda rasai. Antara pati haruman jenis ini adalah seperti Obsession, Drakkar, Eternity Women, Bvlgari Women, Knowing Women, Spellbound Women, Dolce Vita, Lou Lou, Allure, Paris & White Linen Breeze.


8. Soalan: Bagaimana untuk membezakan antara pati haruman yang telah dicampurkan dengan unsur-unsur lain dan dan pati haruman yang asli tanpa campuran sebarang unsur lain?

Jawapan: Secara zahirnya, agak sukar untuk anda bezakan pati haruman yang telah dicampur dengan unsur lain dan pati haruman yang asli tanpa sebarang campuran. Hanya apabila anda memakainya, barulah anda tahu bahawa ia telah dicampurkan dengan unsur-unsur lain kerana baunya tidak tahan lama dan ada yang berubah menjadi tengik @ busuk. Walaupun begitu, ada beberapa haruman yang boleh dikenalpasti bahawa ia telah bercampur dengan melihat keladak di bahagian bawah botol. Ini terjadi kerana tidak semua pati haruman boleh bercampur dengan unsur-unsur lain (seperti minyak putih). Walaubagaimana pun, tidak semua pati haruman akan berkeladak, maka hanya apabila anda memakainya, barulah anda akan mengetahui bahawa ia sebenarnya adalah pati haruman yang telah dicampurkan (dengan melihat perubahan-perubahan seperti bau berubah dan tidak tahan lama).

9. Soalan: Apa itu minyak putih?

Jawapan: Minyak putih adalah sejenis minyak yang tidak bewarna (transparent) dan tidak mempunyai bau. Ia dicampurkan ke dalam pati haruman untuk mencairkan dan melarutkan pati haruman (diluted).

10. Soalan: Berapa jenis pati haruman yang ada dalam koleksi Haruman Syiera ini ?

Jawapan: Kami mempunyai ratusan pati haruman berjenama terkemuka dalam koleksi kami dan ia akan bertambah dari semasa.

Soalan Berkaitan Pembelian & Bayaran


11. Soalan: Bagaimana saya boleh membuat pembelian Haruman Syiera ? Berapakah belian minimum?

Jawapan: Anda boleh membeli seberapa banyak pati haruman yang anda suka. Tiada belian minimum yang ditetapkan.

12. Soalan:Bilakah hari pengeposan akan dilakukan?

Jawapan: Pengeposan kepada para pelanggan akan dilakukan pada setiap setelah pembayaran diterima.

13.Soalan: Bagaimana untuk membuat bayaran?

Jawapan: Anda boleh membuat pembayaran secara online menggunakan Maybank2u menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) atau Cash On Delivery (COD) (bagi mereka yang membuat pembelian secara offline). Bagi mereka yang menggunakan Maybank2u, anda dikehendaki membuat pembayaran ke dalam nombor akaun yang disediakan dan kemudiannya menghubungi pihak kami secara panggilan, sms ke 012-9064554 / 0162494554, email (syiera_gorgeous@yahoo.com) atau ym: syahiera78 dan memberitahu bahawa pembayaran telah dibuat. Pihak kami akan membuat penyemakan dan apabila semuanya selesai, pengeposan akan dilakukan dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja.


14. Soalan: Bagaimana pula dengan kos pengeposan?

Jawapan: Kos pengeposan akan ditanggung oleh pembeli. Bagi 500 gram pertama, bayaran pengeposan sebanyak RM 6.00 akan dikenakan untuk pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi setiap 500 gram berikutnya, RM 4.00 akan dikenakan. Bagi pelanggan di Sabah / Sarawak pula, sebanyak RM 10 akan dikenakan untuk 500gram yang pertama dan setiap 500 gram seterusnya akan dikenakan RM 5.00. Jika anda di luar Malaysia, kos penghantaran adalah mengikut tarif ke negara anda.