Order Form

Name:
Email
Address
H/F No :
Order

Click here to create your own form.

Tuesday 1 December 2009

List Order Terkini

List order from FB, everywhere, YM

1) Rina - Allure Channel 1, Bvlgari Black /Young Sexy Lady 1
2) Effa - Can-can Paris Hilton 2, Davidoff cool water 1
3) Tchr Pidah - Can-Can Paris Hilton 2
4) Mimmi - can-can 1, Mont Blanc 1, Jlo 1 (paid)
5) Tchr Pidah - Can-can 1, Island Kiss 1, Midnight Fantasy 2, Allure Chanel 1, Ralph 1 (paid)
6) Kelly - Bdelicious 1, Midnight Fantasy 1, Island Kiss 1 (paid)
7) Emy - Hugo Bos Energise 1, Midnight Fantasy 1, Adventure 1, Desire Blue 1, CK 1 1, Ralph
1 (paid)
8) Azie - Can-can 1
9) Zaki - Ferrari Black 1
10 ) GLE Staff - Bdelicious 2, Island Kiss 1, Desire Red 1, Hugo 1
11) Mimmi - Can-can 1 (paid)
12) Marziana - Bdelicious 1 (paid)
13) Boy - Desire Blue 1 (paid)
14) Mai - Desire Blue 1 (paid)

Pada yang telah membuat bayaran.. terima kasih syiera ucapkan dan jangan lupa beli lagi di Haruman Syiera k.

Monday 30 November 2009

Cara Order Parfume

Salam,..

Memandangkan Haruman Syiera terdapat perlbagai jenis Haruman,.. Syiera minta all customer tuliskan Jenis Haruman dan brand apa supaya tiada kesalahan order dikemudian hari.. sebagai contoh :

Jenama DKNY haruman Be Delicious
Jenama Channel haruman Allure Channel

Sekian terima kasih dan pada yang telah membeli di Haruman Syiera, syiera ucapkan ribuan terima kasih dan syiera akan berikan % sekiranya anda adalah membeli haruman syiera ini untuk kali kedua..

Semoga anda berpuas hati dengan Haruman Syiera ini.. Terima kasih di atas sokongan anda...

Selamat Melayari Blog Haruman Syiera ye..

Sunday 22 November 2009

FAQ

Soalan Berkaitan Pati Haruman Syiera


1. Soalan: Apa sebenarnya pati haruman syiera?

Jawapan: Pati Haruman Syiera adalah pati wangian yang terdiri dari ratusan jenama pewangi haruman terkemuka dunia. Ia merupakan pati haruman semata-mata tanpa sebarang campuran unsur-unsur lain seperti pelarut, minyak putih mahupun alkhohol dan sebagainya. Ia dijual dalam size 3ml sahaja. Tetapi jika ada permintaan untuk size yg lbh besar akan di pertimbangkan.


2. Soalan: Adakah pati haruman ini halal di bawa sembahyang?

Jawapan: Ya, pati haruman ini halal di bawa sembahyang kerana ia tidak mempunyai sebarang unsur yang mejadikannya tidak halal.


3. Soalan: Adakah bau pati haruman ini sama seperti bau wangian berjenama terkemuka di kaunter? Adakah ia original?

Jawapan: Pihak Haruman Syiera dapat memberi jaminan 90% yang bau pati haruman kami sama seperti di kaunter jualan. Kami mempunyai banyak TESTIMONI dari pelanggan yang berpuas hati dengan kualiti produk kami. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada kesesuaian bau tersebut terhadap bau badan pelangan. Ia adalah sesuatu yang subjektif. Seperti contoh, mungkin pati haruman jenama Miracle wangi di tubuh badan A tetapi tidak wangi di tubuh badan B. Kami tidak mengklasifikasikan pati haruman kami sebagai "Original" kerana pembungkusan dan pembotolannya berbeza dari apa yang anda lihat di kaunter. Kami menjanjikan bau haruman yang "original" dan berkekalan kepada pelanggan kami.


4. Soalan: Mengapa Haruman Syiera menggunakan gambar botol seperti yang terdapat di kaunter di dalam laman web dan katalognya? Bukankah ini akan mengelirukan pelanggan?

Jawapan: Tujuan Haruman Syiera menggunakan gambar botol seperti yang asal di dalam laman web dan katalog kami adalah semata-mata untuk memudahkan pelanggan kami mengingatkan bau sebenar pati haruman yang mereka inginkan. Kebanyakan pelanggan tidak mengingati nama dan jenama pewangi mereka dan hanya berpandukan kepada bentuk botol wangian itu semata-mata. Kami mempunyai beratus-ratus jenama pati haruman dan dengan bantuan gambar botol-botol sebenar ini, ia dapat memudahkan pelanggan kami membuat pilihan.

5. Soalan: Bagaimana caranya saya harus memakai pati haruman syiera ini?

Jawapan: Anda hanya perlu sapukan / calitkan pati haruman ini di bahagian nadi anda seperti di pergelangan tangan, di bahagian lengan, belakang telinga dan juga di pangkal dada (jika mahu). Selepas itu, gosokkan kedua-dua pergelangan tangan agar ia meresap. Harus diingatkan bahawa pati haruman ini tidak mempunyai alkhohol, jadi ia tidak akan meruap sendiri seperti pewangi yang mempunyai alkhohol. Jika anda tidak menggosokkannya, anda harus menunggu agak lama untuk pati ini meresap perlahan-lah dan, jadi lebih baik anda menggosokkannya. Anda hanya perlu menyapukan pati ini seadanya, tidak perlu berlebihan kerana ia adalah pekatan dan pati haruman, jadi harumannya memang berbau wangi, lebih-lebih lagi jika anda bekerja di tempat yang berhawa dingin. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada anda. Jika anda seorang yang aktif dan kuat berpeluh serta mengalami masalah bau badan, mungkin anda perlu menyapunya lebih sedikit.

6. Soalan: Mengapa terdapat pelbagai warna dalam pati Haruman Syiera ini?

Jawapan: Memang terdapat pelbagai warna dari yang gelap hinggalah yang cerah dan tidak kelihatan warnanya (transparent) untuk pati Haruman Syiera ini. Warna ini menunjukkan kepekatan bau haruman tersebut sama ada bau yang keras atau lembut. Seperti contoh, pati haruman Obsession & Spellbound Estee Lauder merupakan salah satu haruman yang baunya keras manakala Elements For Men & Miracle For Women adalah pati haruman yang lembut baunya.

7. Soalan: Mengapa terdapat sesetengah pati Haruman Syiera yang baunya keras dan tidak wangi apabila dibau atau disapu pertama kali dan ada pula haruman yang terus berbau wangi apabila di bau pertama kali?

Jawapan: Seperti yang dikatakan di atas, terdapat pati haruman yang sememangnya berbau keras dan lembut. Ini boleh dilihat dengan melihat kepekatan warna pati tersebut. Semakin ia berwarna gelap (coklat gelap atau kuning gelap), ia menunjukkan yang pati haruman itu keras baunya. Keras bukan bermaksud tidak wangi malah kebanyakkannya lebih wangi dari pati haruman yang berkepekatan rendah selepas beberapa ketika, cuma di awal pemakaian sahaja ia berbau tidak wangi. Ini kerana ia adalah semata-mata pekatan dan tiada campuran unsur lain. Sekiranya pati haruman yang anda pilih adalah dari jenis ini, jangan risau. Sapukan seperti biasa mengikut kaedah yang diterangkan di atas dan biarkan beberapa ketika. Anda akan dapati setelah pati haruman ini sebati dengan perjalanan darah anda, bau sebenarnya akan naik. Keharuman pati ini yang sebenar akan dapat anda rasai. Antara pati haruman jenis ini adalah seperti Obsession, Drakkar, Eternity Women, Bvlgari Women, Knowing Women, Spellbound Women, Dolce Vita, Lou Lou, Allure, Paris & White Linen Breeze.


8. Soalan: Bagaimana untuk membezakan antara pati haruman yang telah dicampurkan dengan unsur-unsur lain dan dan pati haruman yang asli tanpa campuran sebarang unsur lain?

Jawapan: Secara zahirnya, agak sukar untuk anda bezakan pati haruman yang telah dicampur dengan unsur lain dan pati haruman yang asli tanpa sebarang campuran. Hanya apabila anda memakainya, barulah anda tahu bahawa ia telah dicampurkan dengan unsur-unsur lain kerana baunya tidak tahan lama dan ada yang berubah menjadi tengik @ busuk. Walaupun begitu, ada beberapa haruman yang boleh dikenalpasti bahawa ia telah bercampur dengan melihat keladak di bahagian bawah botol. Ini terjadi kerana tidak semua pati haruman boleh bercampur dengan unsur-unsur lain (seperti minyak putih). Walaubagaimana pun, tidak semua pati haruman akan berkeladak, maka hanya apabila anda memakainya, barulah anda akan mengetahui bahawa ia sebenarnya adalah pati haruman yang telah dicampurkan (dengan melihat perubahan-perubahan seperti bau berubah dan tidak tahan lama).

9. Soalan: Apa itu minyak putih?

Jawapan: Minyak putih adalah sejenis minyak yang tidak bewarna (transparent) dan tidak mempunyai bau. Ia dicampurkan ke dalam pati haruman untuk mencairkan dan melarutkan pati haruman (diluted).

10. Soalan: Berapa jenis pati haruman yang ada dalam koleksi Haruman Syiera ini ?

Jawapan: Kami mempunyai ratusan pati haruman berjenama terkemuka dalam koleksi kami dan ia akan bertambah dari semasa.

Soalan Berkaitan Pembelian & Bayaran


11. Soalan: Bagaimana saya boleh membuat pembelian Haruman Syiera ? Berapakah belian minimum?

Jawapan: Anda boleh membeli seberapa banyak pati haruman yang anda suka. Tiada belian minimum yang ditetapkan.

12. Soalan:Bilakah hari pengeposan akan dilakukan?

Jawapan: Pengeposan kepada para pelanggan akan dilakukan pada setiap setelah pembayaran diterima.

13.Soalan: Bagaimana untuk membuat bayaran?

Jawapan: Anda boleh membuat pembayaran secara online menggunakan Maybank2u menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) atau Cash On Delivery (COD) (bagi mereka yang membuat pembelian secara offline). Bagi mereka yang menggunakan Maybank2u, anda dikehendaki membuat pembayaran ke dalam nombor akaun yang disediakan dan kemudiannya menghubungi pihak kami secara panggilan, sms ke 012-9064554 / 0162494554, email (syiera_gorgeous@yahoo.com) atau ym: syahiera78 dan memberitahu bahawa pembayaran telah dibuat. Pihak kami akan membuat penyemakan dan apabila semuanya selesai, pengeposan akan dilakukan dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja.


14. Soalan: Bagaimana pula dengan kos pengeposan?

Jawapan: Kos pengeposan akan ditanggung oleh pembeli. Bagi 500 gram pertama, bayaran pengeposan sebanyak RM 6.00 akan dikenakan untuk pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi setiap 500 gram berikutnya, RM 4.00 akan dikenakan. Bagi pelanggan di Sabah / Sarawak pula, sebanyak RM 10 akan dikenakan untuk 500gram yang pertama dan setiap 500 gram seterusnya akan dikenakan RM 5.00. Jika anda di luar Malaysia, kos penghantaran adalah mengikut tarif ke negara anda.

Saturday 21 November 2009

Men Parfume









Listing for Men
Alfred Dunhill
Aramis
Banana Republic
Bvlgari
Burberry
Calvin Klien
Carolina Herrera
Chanel
Christian Dior
Clinique
Davidoff
DKNY
Emporio Armani
Estee Lauder
Escada
Giorgio Armani
Hugo Boss
Jean Paul Gautier
Kenzo
Lancome
Mont Blanc
Paco Rabanne
Paris Hilton
Ralph Lauren
Thiery Mugler
Tommy Hilfiger
Yves Saint Laurent (YSL)

Women Parfume




















































Listing For Women


Anna Sui
Alfred Dunhill
Body Shop
Britney Spears
Burberrys
Bvlgari
Calvin Klien
Carolina Herrera
Chacarel
Chanel
Christian Dior
Davidoff
DKNY
Escada
Estee Lauder
Giogio Armani
Gucci
Hugo Boss
Issey Miyaki
Jenifer Lopez
Kenzo
Lancome
Mont Blanc
Mariah Carey
Nina Ricci
Paris Hilton
Ralph Lauren
Yves Saint Lauren (YSL)

Tuesday 17 November 2009

Pati Haruman Syiera

Salam,

Huh setelah beberapa bulan Syiera tak online blog nih.. bukan dah lupakan biz online ni tp tengah bz ngan keje di office, bz holiday ngan family, bz mencari idea untuk membuat biz tambahan.. hehehe cari duit la katakan.. sekarang ni duit macam air je lalunyer..

Ok syiera tak nak cerita lama-lama nanti korang sume bosan lak kan.. So syiera ada satu biz baru nih.. sure korang sume akan suka and berbaloi membelinya.. Tak mahal pun coz dengan ekonomi yang sekarang nih,.. sure kor
ang nak jimatkan apa yang patutkan tapi harus diingatkan,.. haruman diri sendiri harus dijaga juga tau.. So syiera perkenalkan produk 'Haruman Syiera' Pati Minyak Wangi khusus untuk wanita-wanita dan lelaki-lelaki yang sukakan dirinya sentiasa wangi harum dan segar bila didekati.. Syiera akan update dari masa ke semasa ye coz sekarang tengah bz set up biz nih.. Harap-harap korang sume puas hati k.

Wassalam.. Jangan lupa update blog syiera ni k.

Ingin ditegaskan disini bahawa syiera menjual PATI minyak wangi sahaja. Syiera hanya copy gambar sahaja sebagai hiasan dan rujukan anda sahaja.

Pati Haruman Syiera dijual mengikut sukatan dan botol seperti dibawah. Ini adalah bentuk botol yang akan anda terima apabila membuat pembelian pati haruman syiera dan bukannya botol asal seperti yang dipaparkan.


sekian, terima kasih dan have a nice day..













Thursday 10 September 2009

10 PEKET LAST KOPEKKKK

LAST KOPEK.. BATANG BURUK.. 10 PEKET JER TINGGAL.. JOM SERBU....

Sunday 6 September 2009

50 peket je tinggal. siapa cepat dia punya...

Assalammualaikum,..

Disebabkan permintaan yang tidak henti2 yang syiera terima dari customer,.. oleh itu order Kuih Batang Buruk kini dibuka semula tetapi hanya 50 peket sahaja yang tinggal.. So siapa cepat dia dapat.. Jangan lepaskan peluang ini... Mudah jer, isi order form dan trs msg ker hp syiera utk maklumkan order anda k coz kekadang x sempat nak check email k. Tq..

Friday 4 September 2009

Order Kuih Batang Buruk Di tutup


Alhamdulillah.. syukur kepada Tuhan dengan berkat dan izin-Nya, perniagaan syiera di syieraon9 mendapat sambutan yang hangat. Syiera ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog syieraon9 yang telah membeli kuih batang buruk dan kuih raya di blog syieraon9. Kepada loyal customer yang telah membeli kuih-kuih syiera selama 3 tahun syiera membuat biz ini, terima kasih kerana menjadi loyal customer syiera yg paling best kaklong melaka, suzie keramat,.. poey keramat,.. lydia keramat.., poey celcom.., liza mangkubumi.., josri jjc, hairol jjc, along jjc, suzie jjc, kak nor bdr tsk selatan, kerana menjadi loyal customer syiera.


Kepada Botakz WC, Jaa, hasnur UKM, yosyaroza, korie, surayati, kak aida, puan lida, Ramlah, Yanna dan ramai lg yg x tsbut dek syiera thanks alot coz mjadi customer syiera tahun ini. Halalkan segalanya dan diharapkan tahun2 akan datang anda semua menjadi loyal customer syiera dan insyaallah service dari segi postage dan COD akan syiera update lg k.


Dengan ini dimaklumkan secara rasminya,.... order Batang Buruk DI TUTUP...


Insyaallah blog syieraon9 akan terus update coz syiera dalam proses membuat biz lain pulak khusus utk blogger2 semua.. Nantikan yer... Adiossssssss



Wednesday 19 August 2009

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
Umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
Hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada )
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita
Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun Dan maaf jika saya Ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Renung-renungkan & Selamat beramal

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,

anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA..

Thursday 23 July 2009

Kuih Raya














Sesiapa yang nak order saya rekemen sweet strawbery, put3 salju, put3 balqis, nestume delight, manggis cookies, idaman crockette, coklat oat, alamanda dan almond london. Rasanya memang wallllllaaaahhhhhh sodapppp. Sesiapa yang nak order boleh isi order form k.

Thursday 16 July 2009

Senarai Order Batang Buruk



Senarai Order

1) Pyan - 200 peket (puasa)
2) Poey - 200 (puasa) + 30 peket (done)
3) Suzi - 10 + 10 peket (puasa)
4) Josri - 5 peket (puasa)
5) Jaa - 1 peket (done)
6) Liza - 2 peket (puasa)
7) Asno - 2 peket (by hand done)
8) Along - 2 peket (puasa)
9) Kak Ziera - 2 peket (puasa)
10) Lydia - 6 peket (puasa)
11) Suzie off - 2 peket (puasa)
12) Hairol - 6 peket (puasa)
13) Kak Yan - 2 peket (puasa)
14) Yosyaroza - 3 peket (done)
15) Rose78 - 1 (done)
16) Botakz WC - 17 pkt (puasa)
17) Adeq - 2 pkt (done)
18) kayy wc - 2 pkt (done)
19) Botakz - 2 pkt (done)
20) Korie - 30 pkt (Hari puspanita)
21) Asno - 8 peket
22) Kaklong - 20 pkt (3 hr puasa)
23) Ramlah - 6pkt + Almond 2
24) Surayati - 10 pkt (2mgu puasa)


Nota :
Sesiapa yang order lebih dari 10 akan diberi % dan kepada sesiapa yang nak beli secara borong pun dialu-alukan.. boleh contact syiera k. harga baekk punya..

Cara Order

Cara-Cara Order & Pembayaran

1. Isi form order dan hantar.

2. Setelah order diterima, pengesahan order akan dilakukan dan pembayaran mesti dilakukan ke akaun MBB sebelum urusan pos
dijalankan.

3. Email nama penuh, alamat dan no hp untuk urusan pos.

4. Pos parcel biasa sahaja yang akan digunakan untuk penjimatan. Pos laju akan dilakukan atas permintaan customer sendiri.
Urusan penghantaran by-hand akan dilakukan untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur & Selangor (kecuali Shah Alam)

5. Jangan risau.. % akan diberikan jika belian melebihi 10 peket.

sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai kos pos boleh rujuk bahagian kos penghantaran.

sekian terima kasih.

Pantang Larang Semasa Berdiet

Salam readers..

Nak diet memang susah..lagi nak diet lagi banyak kita makan kan..memang pun. Kalau kita perhatikan orang yang tak kurus ni memang makan banyak dan kerap..sepatutnya sikit tapi kerap. Tapi ada yang makan sikit dan kerap tapi kandungan kalori yang diambil tinggi. Sehari bagi dewasa tak boleh melebihi 2,500 kalori. Masalahnya nak kira kalori bukan macam kita kira biji saga or kacang..kena ada kiraan saintifiknya..masalah kan..so di bawah ni ada nyatakan berapa kalori yang seharusnya di ambil sehari bagi setiap orang...sama ada untuk anda yang aktif atau pasif.

Perlu diingatkan untuk diet SD2 kita hanya perlukan kurangkan atau tidak mengambil langsung sebarang karbohidrat dan gula secara berlebihan...diikuti dengan senaman yang santai selama 15-20 minit setiap hari..kita mampu menurunkan berat badan juga...

SD2 akan membantu kita mengecilkan badan kita..yang tetap kekal kan berat..sebab ramai yang mengadu berat tak turun pun tapi baju longgar..ini sebab dalam badan ada air..jadi cara nak buangkan air dalam badan dengan bersenam atau bersauna...bolehkan...

SD2 adalah makanan diet yang seimbang untuk kesihatan..mengandungi soya yang juga boleh mengawal dari terkena kancer..

Kalau kita gabungkan cara semua diet..pilih yang terbaik jer...cara Nabi..cara SD2..cara Atkins..cara Kevin..macam2 boleh...pilih jer yang mana sesuai dengan anda...

1) Makan makanan seimbang...jumlah kalori yang sesuai
2) Bersenam selama 15 minit sehari
3) Jangan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang
4) Puasa Isnin Khamis dan hari sunat yang lain
5) Jangan makan bersulam air
6) Elakkan makan buah sebelum makan tapi amik selepas makan
7) Elakkan minuman bersusu di makan bersama makanan lain...lunch elak minum teh ais, milo air...lebihkan air kosong setiap hari..
8) Kurangkan karbo dan gula
9) Makan sikit tapi kerap
10) Jangan skip waktu makan..terutama makan malam
11) Makan makanan yang berkalori tinggi di waktu pagi..reduce setiap kalori sekiranyanya menjelang malam...
12) Bersauna selama 15 minit setiap hari
13) Minum air kosong yang banyak setiap hari..senaman pun kena banyak
14) Makan ... makanan bukan kegemaran..makanan kegemaran menambahkan selera..
15) Berdoa agar diberikan kesihatan yang baik..

Sekiranya dilakukan bersungguh2 dan konsisten .. boleh turun sehingga 5kg...yakin dan jangan tensen jer...tetapkan matlamat anda dari sekarang...

Ok Less Carbs...Less Calories..Less Fat...beautiful and healty body...Selamat menggunakan SD2..








Cara Bayaran

Bayaran boleh dibuat melalui Akaun Maybank di atas nama Syarifah Zahira Binti Syed Othman
No Akaun 152022045252. Setelah bayaran dibuat, syiera akan hubungi untuk pengesahan penghantaran.

Testimoni

beberapa testimoni dari customer tetap..

feedback dari customer :-


Quote from: kaklong73 on July 16, 2008, 11:40:07 AM


Tokei...batang burok mu dah samppaaiiiiiii!!!Akhirnya terubat juga ketagihan kuuu....waakakakaaaaPENGUMUMAN:KEPADA SESIAPA YG BERHAJAT NK TRY BATANG BUROK SYIERA...DINASIHATKAN...JGN BELI 1 PAKET..SBB ANDA AKAN GERENTI NK KENA ORDER LAGI....RUGI DUIT POSSS.....!!! HAHAHAHAAA




Quote from: sue on July 20, 2008, 10:30:20 AM


SEDAP BTG BUROK NIH>>>PURE....BELI 4 PEKET 2 HARI JEK TAHAN....




Quote from: Mrsjedi on August 07, 2008, 08:41:52 AM


Syiera..thank you.. kuih btg buruk u ni mmg sedap. before this me x le suka sgt kuih ni.. saje je nk try tu yg beli.. mlm tadi balik trus bukak.. amik satu..eh nk lagi..dan lagi..dan lagi... tetiba terpk "eh aku ni x le suka sgt kuih ni tp ni dah brape byk mkn ni ..hehehe"..so moral of the story.. kuih btg buruk dr muar ni sedap.. meh ler beli...(tolong promote ni.. kena bg upah tau..)me mayb nk order for raya ..but will confim ek..




Quote from: Mrsjedi on August 16, 2008, 11:03:25 AM


syiera...nk order btg buruk 3 ek for raya




Quote from: emall on August 15, 2008, 01:15:40 PM


Syiera dah sampaiiii ... tq..terpaksa sorok....ada satu pulakk...




Quote from: Mrsjedi on August 19, 2008, 12:54:31 PM


syiera,...tambah lagi 3 pek hehehe... MIL suh tambah order.. syiera balik muar bila ek? kita raya sini tahun ni so mlm raya pun still bole amik dr syiera lagi




Quote from: eila on August 20, 2008, 10:20:45 AM


syiera, i nak order batang buruk, 4 paket..dah bank in nnt,i PM key..brp hari blh sampai?kalau sedap, i nak jual kat ofis...order utk raya dah bukak ker?




Hanya ini yang sempat syiera tempekkan disini untuk tatapan semua. Kenapa masih tidak percaya? Boleh try sendiri dan syiera pasti feedback dari anda pasti deboom dari yang ada disini..

Pengenalan

Batang Buruk Muar Asli yang diperbuat daripada kacang hijau ini semestinya lazat, lemak, rangup dan lembut.. Sekali cuba pasti nak lagi. Diimport dari kilang di Johor yang sudah tentunya terkenal dengan kehebatan Batang Buruk Muo ini. Syiera telah menjual Batang Buruk ini hampir 3 tahun dah belum lagi mendapat feedback dari customer yang mengatakan Batang Buruk ini tidak sedap.. Jika tidak percaya boleh baca feedback dari customer syiera yang syiera jual secara online.